Sunday, April 17, 2011

Lycra Bunga Ros Timbul :))

Assalam..hollaaa semua!

Ni material lycra yang terbaru..bunga ros timbul. Kat pasaran pun da banyak kan.pilih sahaja nak yang mana satu.Material yang sy gunakan ni sangat cantik..sedap untuk dipakai serta selesa.
                  Tudung Bunga Ros Timbul Syria ~ Size L

 Berikut adalah warna yang masih ada stok..anda hanya perlu memilih warna dan jenis tudung yang anda mahu  seterusnya proceed untuk pre-order :))


Jangan ragu-ragu dan malu-malu untuk menempah tudung yang anda mahukan..sama ada awning atau pun syria. InsyaAllah tempahan anda akan disiapkan secepat yang mungkin :))

See ya!!!



List of Colours..Feel free to Choose :))

Berikut adalah warna-warna yang ada di dalam stok collection sy..diimport daripada lyleazwa collection.Sila nyatakan nombor ketika anda membuat tempahan.





 Untuk material bunga ros timbul, warna-warna seperti di bawah ye


Untuk denim, akan diupload kemudian :))
*
*
*
*

PROSEDUR TEMPAHAN

Anda contact sy untuk cek stok > Tempahan > Pembayaran > Sy jahit (3-4 hari) > Siap untuk dihantar

Itu sahaja.mudah je ha.Berminat?Ha tunggu ape lagi tu..sila la emel lailiazuwa@yahoo.com ataupun sms/call 012-3415443..bila-bila masa sahaja.


Cik Tailor Sudah Kembali~~

Salam..Selamat Hari Ahad :))

Ey da lama x berblog kat sini ha.kesibukan melanda.ehee.Sekarang ni memang agak sibuk dengan tempahan customer..letih2.tapi memang best.puas hati bila tengok orang gembira dengan hasil kerja tangan kita.hehehe.

Sy ada mengambil tempahan untuk menjahit tudung awning atau pun tudung syria mengikut kehendak anda. Material yang digunakan adalah kain lycra yang berkualiti.bukan yang terlalu nipis.harga pun berpatutan :)

 Kat bawah ni adalah contoh Tudung Twist.nampak menarik kan?Single colour or double colour.bergantung kepada kehendak customer.

Tudung pattern macam ni senang je nak pakai..nampak cantik sangat. Mula-mula sarungkan tudung ke kepala..Pusing ke kanan atau ke kiri mengikut warna yang anda nak (kalau ada dua warna)..kemudian pin kan dengan brooch.da siap!

Berikut adalah antara tudung twist&turn yang telah ditempah oleh customer..feel free to scroll ya :))

          Tudung Twist&Turn Awning Double Colour ~ Size L

          Tudung Twist&Turn Syria Double Colour ~ Size L

          Tudung Twist&Turn Syria Double Colour ~ Size L

Sekiranya anda berminat nak tempah, feel free to emel sy > lailiazuwa@yahoo.com atau pun by hp 012-3415443..untuk cek stok kain.U all kena pre-order dulu :)) Anda order baru sy jahit.Tudung akan lebih fresh..ahaha.macam makanan pulak ha.

Saturday, March 19, 2011

Hot Air Balloon Fiesta 2011

Hollaa!

Really eager to go this event tomorrow! FYI, event ini diadakan setiap tahun..so tahun ni diadakan di Precint 2, Putrajaya. Bermula daripada 17hb Mac sehingga 20hb Mac 2011..7am - 10pm. Kebetulan time cuti sekolah kan..comform la ramai.ehee :) Whatever pun, sy nak pergi jugak! Credits to Encik Sayang..at last setuju juga kamu ye :)) saranghaeyo
Rakan-rakan kat luar sana marilah join sama..memenuhkan Presint 2.hahhaa.yang penting standby your sunglasses n umbrella..digi cam jangan dilupa.itu sangat penting tau :P  Untuk maklumat lanjut (..fiesta ground, itinerary, activities, park & ride), ringan-ringan kan la tangan tu  ye> http://www.myballoonfiesta.com 
ni pun penting tau..supaya esok xla terhegeh-hegeh.hehehe

p/s: sempat gak dengar laporan cuaca untuk esok..ehee.cuaca pada waktu pagi diramalkan agak baik..petang hujan :( insyaAllah.wait n see ya

Thursday, March 17, 2011

Feel free to Click ya!!

Salam u oolss!!

Sudah lama tak menconteng di blog ini.kesuntukan masa yang melampau.eheee.dengan butik..tambah lagi dengan biz family.adehh.driver..blogger..semua la yang boleh di buat.emm praktis menjadi super woman agaknya.ahaks~~

Kalau anda semua suka makan something yang sedap..of course la kan.mudah dimakan..masa tengok tv boleh.masa tgk movie pun boleh..ehh nak makan dengan nasi lagi la boleh.kat mana-mana je.bila-bila masa je.mehla check it our latest blog >> resepict.wordpress.com

sila-sila la.jangan segan..jangan malu.comform tak rugi tau!

Monday, February 14, 2011

Sy nak jadi cantik dan sihat!!

Salam. Hai semua :))

Sungguh excited nih!!!yayyy
Weekend ni nak pergi bengkel cantik & sihat! of coz la kan.wajib pergi :)) bayar murah je ha.yang penting isi dia bes!

Hari >> Ahad, 20 Feb 2011
Masa >> 9am - 12 pm
Tempat >> Hotel De Palma, Ampang 
Bayaran >> RM15 sahaja..murah kan :))

Semua perempuan mesti nak cantik kan..oleh itu marila join sy.xde rugi punye.heheh.

Thursday, February 3, 2011

Sweet February :)))

Salam.

Februari sudah mari..hehehe.Ada beberapa perkara yang akan berlaku dalam bulan nih..agak2 penting jugakla.

1. Cuti CNY! saya hari2 pun cuti..hehehe.tolong gembira bagi pihak orang2 yang bekerja
    Semua rakan-rakan yang menyambut CNY, Gong Xi Gong Xi!

cuti-cuti ni harus pulang ke kampung untuk macam-macam hal..sangat malas nak drive.seriusly!


2. Bunga yang cumel telah ditempah oleh encik kumbang :)) yea! Ibu & ayah >> tqvm for saying YES to us. So get ready for the next step daling..




3. Tempahan tudung sy sudah bertambah! credit to my mum a.k.a tukang promote and my sis as a model

                                                  tudung awning twist & turn 

                                                   tudung awning


 yang lain-lain tak sempat nak upload.sungguh tak sempat.ehee.badan sudah terasa agak sakit akibat terlalu lama menghadap mesin jahit.


4. ..semoga ada incoming call yang boleh buat sy tak tido malam~~risau2..sy percaya kepada rezeki. insyaAllah :)))


*
*
gtg!see ya!

Friday, January 14, 2011

**KELAS MENJAHIT TUDUNG**our next project.ngeee :))

Salam

Saya dengan berbesar hatinya menjemput rakan-rakan semua untuk join sama2 kelas tudung nih..ni buat khas untuk orang Putrajaya~~atas permintaan diorg. Orang di kawasan sekitarnya pun boleh join juga :))

Details untuk kelas tudung akan datang..
Tarikh     : 26-27 Feb 2011
Tempat   : Presint 9, Putrajaya
Yuran     : RM 200 sahaja

PAKEJ TUDUNG:
1- TUDUNG AWNING LYCRA
2- TUDUNG SYRIA/INNER
3- CARA BUAT TELEKUNG


Bahan yang diperlukan:

A) Kain LYCRA 1 meter untuk TUDUNG AWNING
B) Kain LYCRA 1 1/2 meter untuk TUDUNG SYRIA 
C) Kain COTTON PUTIH 4 meter untuk TELEKUNG


Nak tau cerita lagi? Roger la sy..012 3415443


Cepat! Cepat! Tempat terhad tau :))


P/S >> Pic tudung yang sy buat x upload lg ha~~ketidak sempatan masa..heheh

Tuesday, January 4, 2011

Sesi Jahit-Menjahit :))

hollaa..i'm in the mood of [sayaSUKAmenjahit] ..lalala

At last..sempat jgk pg belajar menjahit~~ngee :)) by the end of dec.ni adalah antara azam untuk tahun 2010.yang bestnye sy berjaya buktikan kepada encik syg..bahawa sy boleh!yeaa.so far 2 pasang baju kurung berjaya dijahit.even 1 psg tu ibu yang tolong skit2.heheh.consider kira jgk la eh :P 

mehla cerita skit pasal kelas menjahit ni..sy ambil mengikut pakej.dalam pakej ni cikgu akan ajar cara menjahit baju kurung..mula dari melukis pola, potong kain & menjahit..disebabkan sy da tau guna mesin, kira bley masuk gear 3 terusla.ehee.ni semua bergantung pada orang tu.kalo dia baru nk belajar mesin, lambat sikitla.tapi xpe..cikgu tetap ajar step by step :) bila da berjaya cantum semua part..rasa nak melompat je ha.wah besnye!!hehehe.

2nd modul adalah cara menjahit manik pada baju kurung..means leher baju & hujung tangan.bila da cuba buat, baru la tau betapa susahnya nak jahit manik nih.patutla mahal~~kena sangat2x teliti..sabar..fokus.kalo nak jahit sambil tengok cerita korea..lebih baik simpan je la :)) bahagian leher tu boleh gk buat jahitan mata lalat~lebih simple dan cepat.cantik jg..

3rd modul..melukis pola & menjahit tudung awning..ala tudung ariani tuh.kain yang digunakan adalah lycra..ni semua comform tau kan.senang je nak buat.cuma rajin atau malas je.



Hasilnya..jeng jeng jeng!! Hasil titik peluh sendiri..gembiranya sy!!!




Tudung syria..yang labuh sedikit.ngee :P




Tudung awning yang match dengan baju 



p/s > credits to cik um for being my unofficial model


*
*
*
*
next baju kurung is otw..

Ini adalah antara pakej yang disediakan oleh cikgu jahitan sy..memang berbaloi.kalau ada sape2 yang berminat, bolehla text sy :)

Pakej A
Yuran RM180 
Modul :
1. Cara mengambil Ukuran dan Pola
2. Jahitan baju kurung

Pakej B
Yuran RM250 
Modul:
1. Cara mengambil Ukuran dan Pola
2. Jahitan Baju Kurung Pesak & Kain Susun/Baju Kurung & Kain
3. Jahitan manik pada baju kurung (tangan dan leher)
4. Jahitan Mata Lalat
5. Jahitan Tudung Syria
6. Jahitan Inner Syria

Pakej C
Yuran Kelas RM350 
Modul:
1. Cara mengambil Ukuran dan Pola (Size S,M,L)
2. Jahitan Baju Kurung Pesak Buluh & Kain Susun
3. Jahitan Baju Kurung Pahang & Kain
4. Jahitan Manik pada baju kurung (tangan dan leher)
5. Jahitan Mata lalat/tulang belut
6. Jahitan Tudung Awning
7. Jahitan Tudung Syria
8. Jahitan Inner Syria

Pakej D
Yuran Kelas RM150
Modul:
1. Cara merajah pola tudung
2. Jahitan Tudung Awning (Tudung Ekin)
3. Jahitan Tudung Syria
4. Jahitan Inner Syria

Pakej E
Yuran Kelas RM150
Modul: 
1. Jahitan Manik dan Labuci (6 style )

macam2 pakej ada kan..yang belajar selain daripada ni pun boleh.tapi kena bincang dengan cikgu dulu.so far memang best.cikgu tak garang.dalam kelas tak ramai pun..ehee.rasa cam tak sabar nak bukak butik..coming soon. InsyaAllah :)

Wednesday, December 15, 2010

Great Adventure @ Taman Negara~Part 1

Salam!

Awal2 pagi ni rasa excited sangat nak kongsi cerita mengenai trip sy & rakan-rakan a.k.a Gadis-gadis Cantik ke Taman Negara Merapoh, Pahang. Even da lama pergi tapi still teringat-ingat lg :)) tu yang sibuk nak cerita..mana la tau ada rakan-rakan kat luar tu nak pergi..boleh dapatkan sedikit info daripada blog ni.Sy sebagai organizer untuk trip ni memang agak bz..sebulan sebelum tarikh bertolak..nak cari tourist guide, transport, cari tarikh yang sesuai, cek aktiviti..pendek kata macam2 la.time tu kami semua memang sangat..10x excited!hahaha.maklumla dah lama tak masuk hutan~~


Sebelum tu, sy nak kongsi sedikit info mengenai Taman Negara..Actually pintu masuk ke TN ada 2 iaitu melalui Jerantut atau pun Merapoh..TN Jerantut memang famous & ramai sangat orang lagi-lagi time cuti sekolah..tak privacy sangat.Kalo rasa nak lebih adventure dan berhajat nak mendaki Gunung Tahan, sila la masuk melalui Merapoh..dan di sini juga terletaknya Santuari Ikan Kelah.Eh ape plak santuari tu?tempat penjagaan ikan kelah..ikan-ikan ni dipelihara dengan baik..siap bagi makan lg.hehehe.tapi tak boleh pancing tau!ade cctv ha :(


                                     Ni la rupa ikan kelah nye ha..eii besar tau!


Pengembaraan bermula..3..2..1

6 Jun 2010
Perjalanan bermula daripada Teluk Intan - KL - Kuala Lipis..check in di Tanjung Inn, Kuala Lipis. Kami selamat sampai pada jam 8 malam.
                                    
                                                     Tanjung Inn, Kuala Lipis


                    Here we are dalings!! Get ready for the great day tomorrow


7 Jun 2010

Perjalanan dari Kuala Lipis ke Merapoh..lebih kurang 1 jam setengah. Keadaan jalan menghala ke sana agak bengkang-bengkok dan tidak rata.hehehe.rasa macam pening2 lalat gitu. Apabila sampai sana, kena buat pendaftaran dulu which is bayaran masuk ke TN, bayaran kamera, chalet & bayaran untuk Hulux. Penting tau..in case ada ape2 jadi kat dalam hutan, pihak pengurusan akan contact waris.Emm..kat dalam ni line hp tak clear sangat :((

                            Sebelum bertolak, gadis-gadis ini sungguh excited!
                  Meh sini..sesi berkenalan dari kiri >> Shia, Izah, As, Lely, Farah
                                           Tukang amik gambar > Ma
                                                                                      


Tempat pendaftaran TN Merapoh..Pose!
                                 
 
Kami dipandu oleh 2 orang juru pandu a.k.a tourist guide..Pakcik Man & Abg Ali
                        Thumbs up untuk mereka berdua!! Gud job darling :)))

Aktiviti 1 kami adalah meneroka Gua Gajah melalui Rentis Gajah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 km..semput gakla.hehee.Gua ni adalah antara gua batu kapur yang ada di hutan ni..dan menjadi tempat perlindungan bagi gajah ketika monsun..heeee :)) Kat dalam ni pun ada kelawar tau..buktinya ada bau guano.hehehe.em tahi kelawar la tuh. Masa kami sampai, kelawar tu dah terjaga..bising sangat agaknya :)) 
Mari mencuci mata dengan gambar2 di bawah..
                                                                                *
                                                                                *
                                                                                *
                                              Sesi briefing oleh Pakcik Man

                          Perjalanan bermula..excited mau jumpa Encik Gajah~~

                                                             Cepat!!cepat!!
                  
                Shia, scene di belakang kamu tu agak menarik..mintak ampun ye :))


 Setelah hampir 2 jam berjalan, kami berjaya sampai di Gua Gajah..yea!! Perjalanan yang sungguh menarik even sangat letih~~mana taknye kami tak warming up pun..terus2 je masuk hutan.
                              

                                        Kami dah sampai di pintu sisi gua

                                Eii..ape tu?tahi gajah ha..hahaha.besar kan

        Ni pintu depan kot..sebab macam besar skit.baru muat gajah tu nak masuk..

                             Berhenti rehat..makan & minum..recharge energy

                                              Hahaha..full of kontroversi

Setelah beberapa jam berada di sana, kami bergerak pulang ke chalet..

                                  Muka yang kepenatan~~gile pancit.heee

Aktiviti 2 adalah Night Walk..sangat berkobar-kobar nak tengok haiwan di waktu malam~~malangnya hujan gerimis..maka semua haiwan tu tak mau keluar :((

 Kami ber4 je yang masih larat..tengok seluar kami!hahaha..kelakar kan.ini untuk  
             mengelakkan daripada pacat masuk ke dalam seluar.



~End of Part 1~
                      

Tuesday, December 14, 2010

FT, you Rock!!



Pada 4hb Dis 2010..HaiO Marketing Sdn Bhd telah menyambut ulang tahun yang ke-18..+ majlis konvo untuk rakan-rakan kongsi yang telah berjaya mencapai tahap CDM..yang paling best sekali ada Faizal Tahir!!heheehee.da 4 jam tunggu baru dia muncul :))) sanggup tuh.rasanya semua orang pun sama~~four songs for that day..berbaloi-baloi!! Adibah Noor pun ada :))



Kami yang sangat excited ketika konsert tersebut >> semua orang in the mood of red..but we'r in blues~~ credit to them kerana senyuman itu :))


Our senior-senior..dari hadapan >> kak yati, kak su, abg amir


Bersama rakan kongsi :))



Setakat ni, itu sahaja. Jika anda nak rasa seperti apa yang kami rasa, sila la roger2 eh :)) Video FT akan di 'upload' kemudian ye..Tata

Penghadaman Baik Badan Sihat!

                                    
NURICH LACTO-LITE


 Wah! Nampak mcm menarik je~heeeee


Eh..ape benda eh Lacto-Lite nih?

Minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup & Inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin

Sebenarnya kan, kultur hidup >> bakteria baik..fungsinya

* membantu pencernaan
meningkatkan pergerakan usus dan kesihatan sistem  
  penghadaman
* menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria

manakala Inulin ni plak adalah fiber yang membantu pertumbuhan bakteria baik dalam sistem..

kedua-dua ini akan bergabung untuk menyeimbangkan flora usus..hehee (dalam usus pn ade cmni eh) dan menjadikan sistem pencernaan kita lebih sihat..bile sihat maka xde la isu susah nk beri-beri..isu dok dalam toilet lama-lama dan perut pun dah tak buncit.yea!! :))))



Cara nak minum senang je..bancuhkan dalam air masak atau pun campurkan dengan air berperisa..xde bau susu.hehe.2 yang penting..yela kan..ada setengah orang yang tak boleh bau susu. nnt nak muntah.
boleh diminum waktu pagi sebelum breakfast or sebelah malam sebelum tido 

lepas minum mesti perhatikan ape perubahan yang berlaku~~tak ada masalah sembelit lagi..badan semakin sihat sebab encik kultur hidup & encik Inulin berjaya bekerja bersama-sama..selama ni mungkin kultur hidup saje yang bekerja..2 sistem penghadaman kita tak sihat!

Siapa2 yang berbadan langsing tapi perut buncit..sangat2 la disyorkan untuk minum Lacto-Lite nih.lepas ni comform perut tak buncit lagi :)))) Orang yang tak berbadan langsing harus minum juga..sangat dialu-alukan.heeee

1 kotak ada 25 sachets
harga RM158

kalo ada sesiapa nak amik pek percubaan pun boleh 
3 sachets = RM25
termasuk kos penghantaran

Bila da cuba..boleh beli lg 1 kotak :)) Kalo nak dapatkan dengan harga yang lebih murah pun boleh..sila lah roger2 Cik di bawah ini
Jangan malu-malu ehh..


sila roger2 Cik Lely 012-3415443 atau 
lailiazuwa@yahoo.com

Wednesday, December 8, 2010

HERBAL MAHARANI..produk terbaik untuk aset wanita :))


Masalah Senggugut? Period Pain?
Period tak teratur? ataupun Masalah keputihan yang melampau?
heee..setiap bulan mesti kena MC.sampai boss pn tau ape sebabnye..hehee
tak pun ade masalah tak boleh nak pregnant..ni mungkin adalah salah satu sebabnya.


So, this is for you!!!





Salam!

Ape khabar rakan2 semua?Mesti kena sentiasa hebat!hehehe.Ari ni sy ada satu produk yg sangat best utk dikongsi~~iaitu Herbal Maharani atau pun dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan. Herbal ni berasal daripada negara China..tetapi telah berjaya masuk untuk pasaran Malaysia since daripada April 2001. n yang pastinya ia memang HALAL.

Herbal ini dicipta khas untuk semua wanita dan gadis di Malaysia :)))




Emm..mesti ramai nk tau kan..ape hebatnya herbal ni?




Membantu menyelesaikan masalah wanita dan remaja >> senggugut, keputihan, kegatalan, haid tidak teratur, menopause..Di samping itu, ia juga membantu menyelesaikan masalah persekitaran payu udara iaitu sebarang ketumbuhan, saluran yang tersumbat dan akan memberi keanjalan pada payu udara..BEWARE!! Penyakit yang paling ditakuti oleh semua wanita BREAST CANCER..uhhh..tkutnye :((



Ia juga adalah amalan terbaik selepas bersalin iaitu menguat dan mengecutkan rahim di mana ia akan membetulkan kedudukan ovariMelegakan masalah sengal-sengal sendi, asma, urat timbul, peranakan jatuh(prolebsis), sakit pinggang dan lain-lain. Haaa..lagi satu!!



Menyerlahkan kecantikan luaran iaitu seri muka, lebih bermaya, bersemangat, kulit halus, awet muda dan dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan.


    

Produk ni kan terdiri daripada ayam hitam (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan herba-herba tradisional China seperti ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan sebagainya. Bahan utama produk iaitu Gallus Gallus Domesticus dan Cornu Cervus Nippon memperkuatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin.

Berdasarkan pengalaman sy dan customer2 lain, produk ni mmg bkesan..terutama sekali pada wanita yang ade problem.yang sihat pn bley juga.mesti akan rasa perubahan punye..heeee :)) Sy pn rase jgk perubahannya..memang gembira sgt.kalo x setiap bulan mesti MC je.So semua wanita dan gadis2 harus mencuba!!


Cara Pengambilan:


Herbal ini diambil 1/2 bola (25 biji)..4 ur info 1 kotak = 6 bola  manakala 1 bola mempunyai 50 biji..diambil 2x sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum makan..secara berterusan sehingga period seterusnya pada bulan depan.


Sekiranya badan anda terasa panas ataupun kerongkong kering >> kurangkan pengambilan 1/2 bola..means daripada 25 biji ke 20 biji..mengikut kesesuaian badan anda. Anda boleh rasa keberkesanannya setelah 2-3 bulan mengamalkan herbal ini  :)))




Harga untuk 1 kotak = RM 65 sahaja..tidak termasuk postage.


Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut,
Sila roger2 Lely 012-3415443 atau pun lailiazuwa@yahoo.com
 

The great of life Copyright © 2010 Designed by Alieff in contribution with Lely